Buaian Berendoi - Beranang Negeri Sembilan


Hello semua!

Ini adalah hasil kerja untuk Buaian berendoi pada minggu lalu.

Nama Baby: Luth Mikhael

Lokasi : Kg Dacheng Seberang,Beranang

Tarikh: 02 Nov 2013

Tema : Biru


Untuk Sebarang Pertanyaan Boleh lah menghubungi saya di talian azizah-012-9798397 atau email kan kepada glitterssara@gmail.com.Untuk keterangan pakej adalah seperti dibawah.Tertakluk kepada terma dan syarat.

Happy monday!!

Hello...
Today is monday..as usual semua org akan kait kn monday dgn 'blues'..mungkin kerana setelah 2 hari bersantai bersama keluarga jadinya nk mula bekerja is sgt mls...same with me tahu!! Alangkah bercintanya nk tinggal kan katil yg empuk tuh...tp apakan daya demi sesuap nasi ku gagahi jua...

Aktiviti minggu ini tak bnyak berubah same seperti minggu lepas jugak:

1. Hubby is tiada lg..mnjalani latihan di PD..kembali ditinggalkn sehingga hujung minggu ni.

2. Oleh kerana sebb diatas i is diberi green lite untuk stay rumah kwn di putrajaya..so perjlnn agak dekat sikit..yeay!

So excited nk tggu dis weekend..maybe dah boleh nk kemas2 rumah baru kami yg hampir siap di repair..maklumlah beli rumah second hand so bnyk lh nk kene baik pulih nya kn...doakn kami gembira dirumah sendiri nnti...

Inilah ha rhupernya rumah iolss..tak rupe rumah dah ha!macam tempat hisap dadah..Takper yang penting tapak nya...bangunan nya boleh di baik pulih.Memula tengok rasa nak nngis..tapi disebab kan rege nya tuh lalu ku sambar jugak lah kan!


Hurmh konsep rumah pilihan kali ini adalah berkonsepkan 'ghotic' lah sangat kan!!ngeh2..Pemilihan tiles bahagian atas adalah warna hitam.Both toilet atas dan bawah jugak adalah hitam termasuk table top dapur jugak adalah hitam!!hehe..

Ramai kata rumah akan gelap..tapi tak kesah janji nampak kemas.Hitam ini akan digabungkan dengan warna putih dan kelabu untuk certain part.Keh keh..t dah siap deco i is display to uollss okay..Wait yaw!!


Pagi yang diuji.

Salam Khamis uolls semua..Semoga permulaan hari ini adalah yang terbaik dari hari semalam.Semalam kan masa nak keluar pergi kerja hati i di robek dengan tercalar nya 'baby' i ni.Terus rasa cam down gila!!!

Buat pengetahuan minggu ni i is bermastautin di rumah kawan di putrajaya kerana husband is tiada dirumah.Jadi nya instead nak ulang alik SEREMBAN-KL yang bercinta jauh tuh lebih baik duduk sini kan..dekat sikit.Ini adalah kawasan kuarters P9.Turun ja dari rumah menuju ke arah 'baby' terus nampak cermin dah ter kelepet ke dalam.Terdetik dalam hati "Habis lah..mesti ada yang langgar ni"..

Dah sampai dekat ja terus kelam rasa dunia!!hamboih kemahin lagi ko seret ya!! Mula lah mood terus ka laut dalam!



Nak tahu apakah object yang melakukan ini?Dia adalah sejenis penunggang motor yang bengap!!Berusaha gigih nak lalu gak celahan kereta yang sempit!Jalan yang dia nak lalu tuh pon bukan nya laluan motosikal pon..Ianya hanyalah laluan pejalan kaki nak menuju ke tempat menunggu bas!Tapi nak senang punya pasal dijadikan nya sebagai laluan moto!!


Sian Kat 'baby' ni..Habis calar balar! Tercalar nya kamu ibarat tercalar jugak hati ini.Terima kasih kepada pelaku nya!! Terharu sangat!Semoga anda insaf dan ikot jalan yang benar lah yer!tak payah nak menyempit jugak di celahan tuh!



Faktor umor!!!

Huk aloh.. lately tahap mengantuk memang melampau...
Kalau bole balik kerja nk terus terdampar atas tilam...
Tengah free willy ni best layan mata..tiada apa nk pikio dah ni...

~~wewewe...lalala~~~~

Tabah nya hati..kental kan jiwa.


Next month dah pon capai angka setahun jagung usia perkahwinan I uols...rs cam dah kawin lama tp bila diamati bebetol...aiks baru setahun rupanya..ini bermakna setahun jugak lah aku nih membanting tulang behempas pulas ulang alik g kerja hehari dari KUALA LUMPUR - SEREMBAN...Jangan tanya soal penat atau tidak..cost berapa plak...alhamdulillah setakat ini masih cukop lah perbelanjaan perjalanan..tapi nak enjoy tidak lah gamak nya..sikit2 boleh lah...masa memula nak mulakan rutin macam ni sebulan lama nya dok menangis setiap kali balik dari kerja...hanya allah saja yang tahu..Di sebab kan kita ade suami maka dia lah yang menjadi tempat dan mangsa keadaan nak dgr ngomelan meroyan bini nya..nasib baiklah dia yg jadi suami kalau org lain entah hapa nasib I uols...mahu ke dinding kene campak gamak nya...


Bila badan dah penat mula lah nak merempan bagai kan...ade aja yang tak kene..tapi bila dah lelama pujuk hati sendiri mungkin ini sebahagian dugaan dari allah untuk kami..mungkin dia aturkan sesuatu yang lain untuk kami...dan kini telah dapat menerima hakikat kehidupan ini..semoga allah permudahkan kehidupan kami dan cepat dikurniakan cahaya mata yang comel...kami masih menunggu dan bersabar dengan ujian mu ya allah..kurnia kan kami si comel untuk menceriakan lagi keluarga kami...

Terima kasih ya allah...insyallah ulang tahun pertama perkahwinan kami akan dapat duduk di dlm rumah kecil kami sendiri...mungkin ini hadiah terindah kami...walau bukan rezeki anak tapi di berikan sesuatu yang lain.betul tak saya cakap mungkin didlm kesusahan kita ade sedikit cahaya kegembiraan untuk kita..takkan allah duga kita begitu besar dan berat dugaan...syukor sgt!!!
Jadi jangan pernah kita mencurigai nya kerana dia maha kuasa maha kaya...penentu segalanya.sekali lagi ucapan terima kasih pada mu ya allah..sentiasa lah engkau dekatbkan hati ku pada mu..amin...

Kembali bersiaran setelah sekian lama!!!!

Hi uolsss...I is kembali bersiaran..kemahin lama lagi ku peram kan blog ni..rs dah macam bersawang tahap dewa kan...I is sebok mengalahkan perdana menteri punya setiausaha okay.Sebenarnya dalam hati meronta ronta nak kembali aktif berblog ni tapi apakan daya masa amat mencemburui diriku ini..ewah bajet sgt kan bz!!! Hopefully diberikan kesempatan nak merempan disini..windu sgt!!!


Pic #selfie pagi ini..rasa segar sangat bila kene matahari pagi.

See you all again!! 

PRU 2013

Assalamulalaikum & Selamat Sejahtera

Hi Uoolss...

Hari ini hari isnin...isnin selalu nya sinonim dengan 'Monday Blues'...walaupon setiap hari bila datang kerja pon masih melayan 'Blues' jugak...So buat masa sekarang istilah tuh tidak relevan lagi untuk isnin!Hew hew hew...

Yesterday adalah hari mengundi iaitu bersama dengan 5 may 2013.Yeay!!Tahun ini adalah pertama kali keluar mengundi.Ermh perasaan macam biasa ja.Tidak lah excited mana sampai nak pergi keluar mengundi seawal jam 8 pagi! Nehi nehi nehi! Opkos konpom ramai gilak orang!Dengar cerita beratur panjang lagi lah pemalas lipas nya wuhai...haha..

So saya bagi lah mereka2 yang lain mengundi dulu ya! Saya memilih untuk keluar mengundi di tengahari...Wuhai!!kemain sorga rasanya lengang!Tak payah beratur...Tak sampai lima minit siap mengundi!yeeha!

Hurmh...as usual semangat politik tidak mengalir dari diri.Mengundi hanya sebagai menunaikan sebahagian dari tggjwb kepada negara sahaja.Apa keputusan lepas tuh tak peduli.Sebab rezeki di tangan allah dan apa party yang memimpim tampok negara pun aku tetap kene pergi kerja cari makan sendiri.


Ihsan cik gugel

So for those yang terlalu taksub berpolitik kempen bagai jangan sampai nyawa tergadai.Orang berpolitik mengundi dan berkempen dapat jawatan tggi..gaji tinggi...kita dapat apa? SAKIT? Kesian kat laki,bini dan anak-anak serta keluarga seandainya sesuatu menimpa.Walaupon ajal maut ditangan allah dan akan berlaku sekira sudah tiba masa nya mohon lah pada allah bukan mati kerana politik ini.

Pasti kan keaman negara berterusan.Mari lah kita bersatu dan bukan berpecah belah kerana politik dunia yang sementara ini.Ewah!!kemahin dan panjang lebar macam ucapan ahli parlimen pula.But this is fact!Jangan kan kerana parti kita berbeza jiran sebelah rumah pun bermasam muka kerana berbeza ideology politik okeh!

Kepada pemimpin  baru MALAYSIA!Selamat berjuang..selamat memakmurkan malaysia dengan agenda yang telah dilaungkan sebelum PRU 13.Kami tunggu perubahan yang dijanjikan!


TAHNIAH PADA YANG BERJAYA!



Motivasi Pagi Hari

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Hi uollss!!

Hari ini hari khamis yang sangat sedih!Self motivated merudum sangat..terasa bagaikan perjalanan hidup menjadi begitu kritikal sekali.Kalau sebelum ni pukol 8 atau 9 bangun pagi untuk bekerja tetapi sekarang terpaksa bangun seawal 5.15 pagi dan keluar rumah pula tepat pukol 6 pagi.Ini lah rutin yang terpaksa diharungi sekarang.If saya lambat keluar dari rumah even 5 minit pun  saya akan terpaksa menderita merempuh jem berejam-jam lama nya!!siapa sanggup...Bila semangat mencurah-curah mungkin akan terasa diri ini kuat dan menjadi kan keadaan seperti alah bisa tegal biasa.But when self motivated merudum macam ini agak menitis lah jugak..Ya allah kau permudah kan lah cara dan jalan hidup ku...

Didalam ofis ini saya bersyukur kerana dikelilingi oleh orang-orang yang amat memahami dan selalu memberikan kata-kata semangat.Pagi ini pergi minum dengan bos se-kampung (kg yang sama iaitu REMBAU Most wanted yaw!) se-hari jadi (tarikh lahir sama)...Kalau dah pegi minum dengan encik ini paling tidak pun satu nasihat berguna akan dapat!Maklumlah orang lama banyak pengalaman.Maklumat dan pendapat beliau amat bernas.

Macam pagi ini beliau bagi tips on how to servive in 'perniagaan dobi'.Once upon a time ago this was my dream to have my own doby.hew hwe hew..Kata-kata beliau adalah berdasarkan kepada cerita benar.Antara kata-kata semngat yang tersemat dalam kalbu ini "Jangan takut nak memulakan perniagaan...if dah mula kene buat betul-betul dan untuk tidak melunturkan semngat set minda kita kepada 'If tiada perniagaan ini habislah aku'"..So secara tidak langsung kita akan berusaha untuk berjaya. 

Lagi satu kata-kata penambah semngat ialah "Success after struggle will be the most sweetest moment"...Susah payah kita nak bangkit akan jadi pembakar semngat untuk terus menjadi orang berjaya.

Jadi..bermula saat ini saya akan terus kan usaha saya dalam bidang jahitan dan tercapai cita-cita memiliki studio jahitan sendiri pada masa hadapan kelak sekaligus mengeluarkan diri dari kesengsaraan jammed jalan raya di bumi Kuala Lumpur ini.Seremban terimalah aku!!


Ihsan dari cik gugel

Ya allah Ya tuhan ku kau dengar kan lah rintihan dan rayuan hati ku ini.Sesungguhnya aku memohon rezeki dari mu Ya allah!!



Cute Chucky bersama ulat gonggok nya

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera


Ini adalah my only niece that i have so cute rite??

Ini adalah wajah nya yang comel telah di vandalisme oleh mama nya sendiri!!

Setiap kali tengok pic ni pasti tersenyum sendiri!!



Mama said "My face is like chucky"...

Aunty kemal said "My kening look like ulat gonggok"

BUT

Mama said "This is not ulat gonggok!!This is like ELFIRA LOY"

However it is you are so cute sayang!

Tiap hari rutin yang sama!

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Hari ini entri adalah tidak bergambar.Mungkin penuh dengan tulisan yang bakal membuat kan kalian semua muntah darah!Kenapa bosan?Kerana setiap hari saya menjalankan rutin harian yang sama sahaja.Berikut adalah activiti saya selama seminggu.
  • Bangun Pagi - 530 am : Ya hampun sangat lah liat nya!Tidak pernah berjaya bangun on time.Alarm disetkan sehingga 5 kali.Jadi nya kali kelima baru berjaya bangun!Teruk kan!
  • Gerak ke bilik mandi : 545 @ 600 am paling lewat.Kalau lebih dari waktu itu akan consider cuti!yeay!!pencipta rekod kehadiran paling hampeh adalah saya!
  • Keluar rumah 630 am : Harus keluar dari rumah!sekurang-kurang nya sudah berada didalam kereta untuk warm up enjin kereta.Kalau lambat dari itu makanya menangis lah kau menghadap jam!
  • Tol Sg Besi 7am : Mesti kene sampai tol sg besi dalam waktu ini.Kalau tak maka ko masuk opis adalah lambat!Kemungkinan bos ko yg sampai dulu!Padan muka ko kene maki nanti..ahaks
  • Masok opis +- 8 am : Sampai opis dah rasa cam lepas workout kat gym naik treadmill selama 30 minit tanpa henti!!Penat okay.Layan jammed.TENSION woit!!
  • Ulang rutin sama pada pukul 430 pm: untuk drive pulang ke rumah!Dan rumah saya adalah diseremban.Dan saya adalah memandu pulang setiap hari ya kawan-kawan!
  • Pukul 6 pm : baru sampai rumah.Penat nya badan jangan lah cakap yer kawan-kawan.Ya allah bila lah agak nya dapat kerja di seremban kan.Supaya saya punyai lebih masa dirumah!!
Alangkah indah nya dunia saya kalau tidak perlu bekerja dan hanya menjalankan perniagaan online dirumah sahaja.Selain dari dapat memeberikan sepenuh perhatian kepada rumah tangga dapat lah juga saya menjalankan activiti yang digemari iaitu menjahit!!

Kalian semua!!sila doakan segala perjalanan hidup saya agar dipermudah kan.Entri seterusnya akan menceritakan kos bagi perjalanan saya ke tempat kerja saban hari saban minggu dan juga saban bulan.Nanti kan yang seterus nya.



Tempahan Baju Kurung

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Salam jumaat semua!!Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas sehingga ke saat ini.Semoga kita memperbaiki kelemahan hari semalam dan mendapat keberkatan.Ewah!!kemain ustajah lagi ucapan kan!!Pagi jumaat kan kene lah masok kan roh ustajah kedalam diri..hakhak.

Sedikit informasi untuk peng'gugel' tegar sekalian.Dengan ini diumumkan bahawasa nya saya akan membuka tempahan untuk BAJU KURUNG sahaja.Jangan tanya baju lain sebab saya hanya mahu fokus untuk memantapkan skill yang telah dipelajari.

Untuk fesyen-fesyen yang lain akan diberitahu  kemudian bila telah benar-benar bersedia.Bagi mereka yang berada dikawasan SEREMBAN boleh datang terus kerumah bagi membuat sukatan badan atau menghantar contoh baju kurung yang paling selesa dipakai pon boleh juga.Terserah anda!

Untuk bertanyakan soalan dan mengetahui dengan lebih lanjut boleh hubungi saya seperti yang tertera dibawah.


bc


Ini adalah antara rakan-rakan yang telah memberi sokongan kepada saya untuk terus maju dalam bidang yang bakal saya ceburi ini.Terima kasih pada yang memberi semangat.Sayang sgt korang!


kurung_1

kurung_2


Rindu Bertamu

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Setelah lama blog ini diabaikan bukan disebabkan tidak punya bahan untuk berceloteh tetapi rutin harian kehidupan agak membataskan kegiatan ini. Rindu dalam hati untuk mencoret dan berkongsi cerita kehidupan teramat sangat.

Macam mana ya mahu dimulakan.Rasa macam malu pula nak bercerita.Gugup rasa mahu memula kan kata.Hik...hiks...agak gedix bunyi nya disitu.Harap tidak ada yang muntah dara membaca nya!.


myman

Buat masa sekarang ada banyak kerinduan dihati.Rindu yang paling utama adalah pada perajurit ku di lahad datu!!Sayang bila mahu pulang!!..okay sekali lagi timbul isu gedik okay!!.Harapan pada selamat berjuang dan berbakti kepada negara.Pulang lah kepangkuan ku dengan selamat!! Kita masih lagi pengantin baru tau!!


Rindu yang kedua adalah kepada blog ini lah.Lama sudah ku tinggalkan tanpa sebarang santapan minda.Minda sangat!!Padahal merapu ja lebih sekadar hiburan!

Rindu juga buat kawan-kawan ku.Dah lama tak luangkan masa nak 'lepak-ing' sambil minum teh dikedai mamak weyh!.Perubahan fasa kehidupan faktor kepada kerinduan ini.Dulu bujang meh!Ikot suka hati ja lah nak melepak tanpa perlu pikir tanggungjawab.Sekarang memasing sudah ada suami dan juga anak-anak.Exception for me okay still pengantin baru..hak..hak..


friends

Aku juga merindui saat-saat remaja yang tak perlu fikir apa-apa.Hanya bergembira.Kini aku mula sedar merancang masa depan itu adalah perlu.Disebab aku telah lalai pada masa silam ku kini baru nak terkedek-kedek mengatur hidup supaya menjadi lebih baik.

Harapanya adalah sinar yang akan menerangi dan mengubati kerinduan dihati ini.Drama sangat kan ayat nya!!Semoga saya akan terus rajin menulis lagi pada masa akan datang hokey!Bye..tata!