RSS

Sentiasa Positive Akan Perancangan Allah S.W.T

Assalamualaikum W.B.T

Sekian lama nya telah menghilang dari dunia blogging atas faktor-faktor tertentu,hari ini dengan rasa keterujaan ingin mencoret kan sesuatu sebagai kenangan untuk masa akan datang.

Macam mana ya nak mulakan entry kali ini??

Uoollsss cuba baca cerita di bawah cerita ini.Apa eh tajuk dia??"Sabar Menanti" kan? dimana pengisian untuk cerita itu ialah pengharapan penulisan untuk mempunyai zuriat dan keluarga yang lengkap kan??? Itulah kuasa Allah dimana bila hati terdetik "Ya allah alangkah indah nya dunia jika aku juga punya zuriat seperti org lain" (Allah Maha mendengar)...dia saat ketika yang betol dan tepat maka allah akan memakbulkan impian kita tidak cepat atau pon lambat walau sesaat.

Sebulan setelah entry dibawah ditulis, Saya diberikan ujian oleh allah swt.Dimasukkan ke hospital atas sebab masalah kesihatan (opkos lah kan..takkan sesuke nak check in hospital) - Batholin Cysts (Sila gugel bg yang tak tahu).Untuk menyembuh kan penyakit ini doc menasihati saya untuk menjalani pembedahan kecil.Owh okay lah demi kesembuhan aku rela,dah tertanggung rasa nya sakit nya tuh disini.Sebelum process pembedahan dilakukan doc mejalani beberapa ujian termasuk UPT test (ujian saringan air kencing).

Dalam masa yang sama,dugaan lain juga datang,insurance tak dapat diguna kan!Allahuakbar!!Ini private hospital ni woit!!Mana aku nak cekau duit beribu! Insurance decline.Agent insurance pula tidak memberikan kerja sama! Masa dok kalut2 dah sakit tuh pihak hospital allowed jer masuk even GL insurance belom tahu pon status nya.Terus di masuk kan ke wad dan antibiotik dan diberikan.Antibiotik bertindak pantas cysts telah pon pecah dengan sendiri dan sakit pon hilang!! 

Pembedahan sepatutnya akan dijalan kan pada pukul 8.00 mlm hari yang sama.Tapi sampi pukul 9.00 mlm masih lagi tidak ade persediaan yang dilakukan.Aku dengan gagah nya turun ke kaunter bawah dan bertanya kan apa status nya.Kaunter bgtau GL decline by insurance.Nak menangis sekuat hati rasa nya.Masa kejadian ni aku baru ja berhenti kerja secara kamikaze tanpa ade backup kerja yang lain.Wang simpanan nan-hado! Berkecamuk jiwa masa ini.Hanya allah ja lah yang tahu perasaan ini.Berbekal kan semangat dan dorongan Mak serta adik semua perkara dipermudahkan.

Aku mintak kaunter call doc yang sepatutnya melakukan pembedahan.Nak tanya kenapa insurance decline.Doc explain sebab nya and terpaksa akur dan redha.Dalam menghampiri pengakhiran perbualan dengan doc,dia ckp if insurance tak decline pon kita tetap tak akan jalankan operation puan.. Kenapa???? "Ujian UPT puan POSITIVE ya"..."Maksud nya doc???"..."Puan mengandung sekarang plus minus Sebulan"....Masa ini aku macam tade perasaan nak gembira ka nak sedih ka nak apa ka..hanya yang keluar dai mulut ialah "Tipu lah doc nih..saya last period 6 bulan lepas dan period saya tak regular..mana mungkin saya pregnant atas faktor kesuburan yang tidak menentu"..."Kenapa puan nak menidak kan rezeki allah...lagi pon ada ayah nya yang sah apa pon boleh berlaku"

Terkesima seketika..memikirkan apa yang doc cakap..betol ka nih??Sebab nya aku tak mengalami apa-apa simptom ibu mengandung..Lepas discharge dari hospital,otak aku nih tak berhenti berpikir doc ni memain ka atau sedang bermimpi kah aku??? If org lain lah kan yang lama menunggu saat macam ni diorg akan bertindak pergi kedai terus beli UPT kit untuk test sendiri kan...tapi aku tak buat macam tuh..aku biar kan persoalan terus membelengu dan malas nak memikirkan takot kecewa..

Lepas seminggu bertanda tanya..selepas mendapat kan nasihat dari BFF ku semua..Aku berani kan diri untuk pergi klinik kesihatan dimana doc nya adalah rakan ku juga...Di scan nya perut aku tapi tak nampak lagi kantung nya..kan!! Ade sedikit kekecewaan disitu.Tapi as doc she advice okay kita buat upt..hantar dekat lab dan disuruh nya aku balik..result nya dia akan whatsapp kemudian.lepas beberapa jam dapat mesej dr kawan ku menunjukkan resultnya adalah "POSITIVE"...hish takkan lah dua-dua doc salah kan..Tapi bila discan takde pulak kantung..kawan aku bg referel letter untuk dirujuk kan ke hospital pakar bg menambah keyakinan.

Kali ini scan lebih details bukan atas perut ya!! Hehee...alhamdulillah ade n nampak!Doc kata mungkin dari atas x nampak perut tebal sangat!! (Dasar manusia gemuk!!) Hahahha...Alhamdulillah...mulai saat itu muka ade senyum ja...tak sangka diberikan peluang melalui saat indah ini setelah sekian lama berharap walau pon tidak lah selama pasangan yang menunggu >5 tahun..Aku mendapat peluang merasai pengalamn ini ketika usia perkahwinan 1 tahun 6 bulan..Alhamdulillah!!!

Disaat entry ini ditulis usia baby ku sudah pun hampir 7 bulan..Syukur kerana di berikan anak ini sebagai pinjaman di dunia ini. Mommy love baby so much.

Secara kesimpulan nya:

  1. Setiap dari kita akan ada peluang selagi mana kita tak akan berhenti mengharap dan meminta dari allah swt.
  2. Peluang akan datang selagi kita sentiasa positive terhadap perancangan nya.
  3. Peluang akan datang tepat pada waktu nya.
  4. Jika kita masih belum punyai peluang,maka kita nikmati lah masa yang ada untuk terus bergembira bersama pasangan supaya jika kita sudah punyai anak sudah tentu masa yang ada terpaksa dibahagi kan sama rata dan mungkin juga akan kurang masa bersama pasangan.
  5. Dan yang paling penting peluang hanya akan datang bila kita benar-benar bersedia secara luaran dan dalaman.
Okay dah habis cerita part pertama..akan disambung kemudian part yang seterusnya..

Masih sabar menanti

Holla...I is kembali again!! Susah betol nak jadi consistent untuk update blog...faktor masa adalah masalah utama..kadang ade mood takde idea nak cerita apa..ade cerita tiada masa pula mahu mencoret...

Ermh at this point of time..we've been married for 1 years 6 month and 2 days...whoopssss....tak sangka dah pon cecah angka setahun lebih tu..hope many more years to count...and of cos the golden question will always come out from other..."hey bila nak pregnant","u merancang eh?"...the answer is no..the only things is god knows better..lets god do the task...we're still hoping and waiting for the best..insyallah...

Morning!!!

Hallo...I is bersiaran langsung dr ofis bru today..jerebu sangt teruk ketika ini...jadi sila berhati hati ya..semoga semua berada dlm keadaan sihat!!

Buaian Berendoi - Beranang Negeri Sembilan


Hello semua!

Ini adalah hasil kerja untuk Buaian berendoi pada minggu lalu.

Nama Baby: Luth Mikhael

Lokasi : Kg Dacheng Seberang,Beranang

Tarikh: 02 Nov 2013

Tema : Biru


Untuk Sebarang Pertanyaan Boleh lah menghubungi saya di talian azizah-012-9798397 atau email kan kepada glitterssara@gmail.com.Untuk keterangan pakej adalah seperti dibawah.Tertakluk kepada terma dan syarat.

Happy monday!!

Hello...
Today is monday..as usual semua org akan kait kn monday dgn 'blues'..mungkin kerana setelah 2 hari bersantai bersama keluarga jadinya nk mula bekerja is sgt mls...same with me tahu!! Alangkah bercintanya nk tinggal kan katil yg empuk tuh...tp apakan daya demi sesuap nasi ku gagahi jua...

Aktiviti minggu ini tak bnyak berubah same seperti minggu lepas jugak:

1. Hubby is tiada lg..mnjalani latihan di PD..kembali ditinggalkn sehingga hujung minggu ni.

2. Oleh kerana sebb diatas i is diberi green lite untuk stay rumah kwn di putrajaya..so perjlnn agak dekat sikit..yeay!

So excited nk tggu dis weekend..maybe dah boleh nk kemas2 rumah baru kami yg hampir siap di repair..maklumlah beli rumah second hand so bnyk lh nk kene baik pulih nya kn...doakn kami gembira dirumah sendiri nnti...

Inilah ha rhupernya rumah iolss..tak rupe rumah dah ha!macam tempat hisap dadah..Takper yang penting tapak nya...bangunan nya boleh di baik pulih.Memula tengok rasa nak nngis..tapi disebab kan rege nya tuh lalu ku sambar jugak lah kan!


Hurmh konsep rumah pilihan kali ini adalah berkonsepkan 'ghotic' lah sangat kan!!ngeh2..Pemilihan tiles bahagian atas adalah warna hitam.Both toilet atas dan bawah jugak adalah hitam termasuk table top dapur jugak adalah hitam!!hehe..

Ramai kata rumah akan gelap..tapi tak kesah janji nampak kemas.Hitam ini akan digabungkan dengan warna putih dan kelabu untuk certain part.Keh keh..t dah siap deco i is display to uollss okay..Wait yaw!!


Pagi yang diuji.

Salam Khamis uolls semua..Semoga permulaan hari ini adalah yang terbaik dari hari semalam.Semalam kan masa nak keluar pergi kerja hati i di robek dengan tercalar nya 'baby' i ni.Terus rasa cam down gila!!!

Buat pengetahuan minggu ni i is bermastautin di rumah kawan di putrajaya kerana husband is tiada dirumah.Jadi nya instead nak ulang alik SEREMBAN-KL yang bercinta jauh tuh lebih baik duduk sini kan..dekat sikit.Ini adalah kawasan kuarters P9.Turun ja dari rumah menuju ke arah 'baby' terus nampak cermin dah ter kelepet ke dalam.Terdetik dalam hati "Habis lah..mesti ada yang langgar ni"..

Dah sampai dekat ja terus kelam rasa dunia!!hamboih kemahin lagi ko seret ya!! Mula lah mood terus ka laut dalam!



Nak tahu apakah object yang melakukan ini?Dia adalah sejenis penunggang motor yang bengap!!Berusaha gigih nak lalu gak celahan kereta yang sempit!Jalan yang dia nak lalu tuh pon bukan nya laluan motosikal pon..Ianya hanyalah laluan pejalan kaki nak menuju ke tempat menunggu bas!Tapi nak senang punya pasal dijadikan nya sebagai laluan moto!!


Sian Kat 'baby' ni..Habis calar balar! Tercalar nya kamu ibarat tercalar jugak hati ini.Terima kasih kepada pelaku nya!! Terharu sangat!Semoga anda insaf dan ikot jalan yang benar lah yer!tak payah nak menyempit jugak di celahan tuh!



Faktor umor!!!

Huk aloh.. lately tahap mengantuk memang melampau...
Kalau bole balik kerja nk terus terdampar atas tilam...
Tengah free willy ni best layan mata..tiada apa nk pikio dah ni...

~~wewewe...lalala~~~~