Rindu Bertamu

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Setelah lama blog ini diabaikan bukan disebabkan tidak punya bahan untuk berceloteh tetapi rutin harian kehidupan agak membataskan kegiatan ini. Rindu dalam hati untuk mencoret dan berkongsi cerita kehidupan teramat sangat.

Macam mana ya mahu dimulakan.Rasa macam malu pula nak bercerita.Gugup rasa mahu memula kan kata.Hik...hiks...agak gedix bunyi nya disitu.Harap tidak ada yang muntah dara membaca nya!.


myman

Buat masa sekarang ada banyak kerinduan dihati.Rindu yang paling utama adalah pada perajurit ku di lahad datu!!Sayang bila mahu pulang!!..okay sekali lagi timbul isu gedik okay!!.Harapan pada selamat berjuang dan berbakti kepada negara.Pulang lah kepangkuan ku dengan selamat!! Kita masih lagi pengantin baru tau!!


Rindu yang kedua adalah kepada blog ini lah.Lama sudah ku tinggalkan tanpa sebarang santapan minda.Minda sangat!!Padahal merapu ja lebih sekadar hiburan!

Rindu juga buat kawan-kawan ku.Dah lama tak luangkan masa nak 'lepak-ing' sambil minum teh dikedai mamak weyh!.Perubahan fasa kehidupan faktor kepada kerinduan ini.Dulu bujang meh!Ikot suka hati ja lah nak melepak tanpa perlu pikir tanggungjawab.Sekarang memasing sudah ada suami dan juga anak-anak.Exception for me okay still pengantin baru..hak..hak..


friends

Aku juga merindui saat-saat remaja yang tak perlu fikir apa-apa.Hanya bergembira.Kini aku mula sedar merancang masa depan itu adalah perlu.Disebab aku telah lalai pada masa silam ku kini baru nak terkedek-kedek mengatur hidup supaya menjadi lebih baik.

Harapanya adalah sinar yang akan menerangi dan mengubati kerinduan dihati ini.Drama sangat kan ayat nya!!Semoga saya akan terus rajin menulis lagi pada masa akan datang hokey!Bye..tata!

0 comments: